PELAKON veteran dan terkenal Hong Kong, Andy Lau kini dirawat di hospital selepas terjatuh dari kuda ketika menjalani penggambaran iklan di Thailand, lapor Reuters.

Bintang popular itu mengumumkan demikian melalui blognya.

"Berlaku kemalangan sewaktu saya menjalani penggambaran iklan di Thailand pada 17 Januari. Saya terjatuh dari kuda dan telah mencederakan tulang pelvik saya.

"Sekarang ini pasukan perubatan sedang menjawa saya. Saya baik-baik saja. Jangan khuatir. Terima kasih atas doa semuanya," tulisnya dalam blog itu.

Syarikat produksi Focus Films masih belum memberi sebarang komen tentang insiden tersebut dan keadaan terkini pelakon itu.

Andy lau telah diterbangkan ke Hong Kong pada Rabu dan digegaskan ke hospital menggunakan pengusung.

Lau telah menceburkan diri selama 30 tahun dalam dunia seni dan melengkapkan portfolionya sebagai penyanyi, pelakon dan penerbit.

Sehingga kini, beliau telah berlakon dalam lebih 140 buah filem, dengan yang terakhir muncul dalam filem Great Wall, arahan pengarah China, Zhang Yimo,yang juga menampilkan aktor Hollywood, Matt Damon.