Seorang artis wanita popular ditahan bersama 53 biji pil eramin 5 di hadapan sebuah rumah di Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail, hari ini.

Suspek berusia 25 tahun itu ditahan kira-kira jam 11.45 pagi oleh sepasukan polis yang mendapat maklumat berhubung kegiatan artis wanita terbabit.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim yang mengesahkan penahanan artis itu berkata, suspek dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

"Barang kes akan dihantar ke Jabatan Kimia dan setelah laporan kimia diperolehi, kertas siasatan akan dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) untuk keputusan selanjutnya," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.