Bintang filem blockbuster, 'Transformers' Shia LaBeouf telah ditahan semalam kerana berada dalam keadaan mabuk di tempat awam, lapor polis Texas.

Foto serta video kejadian turut disebarkan di laman Twitter oleh saksi kejadian.

Menurut polis Austin, pelakon berusia 28 tahun itu ditahan selepas beliau didakwa cuba untuk menyeberangi laluan yang dilarang dengan tanda "Jangan Melintas".

Mengikut portal hiburan antarabangsan TMZ, bintang itu juga dilapor berada di luar kawalan ketika itu, sehingga tidak menghormati pihak polis yang menegur perbuatannya itu.

‘Mabuk di tempat awam adalah satu tuduhan perbuatan yang tidak senonoh,” jelas pihak polis.

Pelakon itu kemudian dibawa ke Penjara Travis County dan menurut sumber, nasib Labeouf akan ditentukan pada Isnin depan oleh Makhamah.