Pelakon Britain terkenal, Dame Judi Dench dijangka akan tiba ke Malaysia petang ini.

Judi, 84, yang pernah membawa watak Ketua Biro Risikan British, M16 iaitu M dalam filem Golden Eye dan terakhir dalam Skyfall bakal tiba bersama pengarah dokumentari Britain terkenal, Anthony Geffen.

Dench dijadualkan tiba dengan pesawat British Airways sekitar pukul 5.30 petang ini. Beliau dipercayai akan ke Kota Kinabalu, Sabah petang ini dengan penerbangan Malaysia Airlines pada pukul 7.55 malam ini.

Dench dan Geffen pernah berkolaborasi dalam menghasilkan dokumentari TV, My Passion for Trees pada tahun 2017.

Geffen pernah dilaporkan menyuarakan hasrat untuk mengarahkan sebuah dokumentari berkisar kisah sebenar Gua Tham Luang yang membabitkan pemain bola remaja Thailand di Chiang Mai, tahun lalu.

[BERITA LANJUT MENYUSUL]