KUALA LUMPUR:Pemain Dram Drama Band, Faeez Ikhwan mengesahkan bahawa beliau sekeluarga telah dijangkiti COVID-19.

Faeez mengesahkan sendiri berita tersebut ketika dihubungi oleh Astro AWANI, baru-baru ini.

Menurutnya, beliau kini sedang menantikan panggilan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk langkah seterusnya.

“Saya telah membuat ujian swab pada hari Isnin, dan pagi Selasa saya dapat keputusan yang saya positif COVID-19,” katanya. 

"Jadi, saya sedang menunggu pangilan dari KKM untuk langkah yang seterusnya,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Isterinya, Rea, yang merupakan personaliti stesen radio swasta, dalam pautan di Instagramnya mengesahkan berita dukacita berhubung perkembangan terbaharu itu.