Tutup

Peminat bengang David Beckham kena tunggu BLACKPINK

Peminat bengang David Beckham kena tunggu BLACKPINK
Kumpulan BLACKPINK yang dianggotai oleh Jennie, Lisa , Rose dan Jisoo dilaporkan lewat 20 minit pada acara tersebut menyebabkan penonton yang hadir juga meluahkan rasa kecewa - Gambar Instagram @blackpinkofficial
APA sudah jadi dengan kumpulan K-pop BLACKPINK?

Baru-baru ini kumpulan yang popular dengan lagu Kill This Love itu dikatakan terlambat untuk menghadiri satu acara promosi sebuah jenama sukan terkenal.

Kumpulan BLACKPINK yang dianggotai oleh Jennie, Lisa , Rose dan Jisoo dilaporkan lewat 20 minit pada acara tersebut menyebabkan penonton yang hadir juga meluahkan rasa kecewa.

Lebih mengecewakan peminat ialah acara promosi tersebut juga melibatkan bekas pemain bola sepak terkemuka dunia, David Beckham.
Malah wakil acara berkenaan juga meluahkan rasa kesal dengan kejadian yang berlaku.

“Acara ini sepatutnya untuk menyambut kehadiran David Beckham ke Korea untuk mempromosikan jenama ini tetap malangnya kelewatan BLACKPINK yang menjadi perbualan hangat,” katanya.
Acara tersebut telah berlangsung pada waktunya dan bermula dengan mengambil foto secara solo serta sesi temubual.

Sehingga kini, agensi mereka YG Entertainment masih belum mengeluarkan kenyataan mengenai kejadian itu.


Tag: David Beckham, Blackpink, Lambat



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.