Peminat teruja Daiyan Trisha, Sam Tsui rakam lagu duet

Peminat teruja Daiyan Trisha, Sam Tsui rakam lagu duet
Daiyan Trisha dan Sam Tsui merakamkan semula lagu Rewrite The Stars dari filem The Greatest Showman. - Gambar Instagram Daiyan Trisha
TIDAK pernah terlintas di fikiran Daiyan Trisha yang dia akan bergelar rakan duet bagi penyanyi Sam Tsui.

Daiyan yang juga seorang pelakon berkongsi rasa teruja kerana mendapat peluang sedemikian, sekalipun hanya merakamkan semula lagu duet popular dari filem The Greatest Showman berjudul Rewrite The Stars.

Lagu berkenaan sebelum ini dinyanyikan oleh Zac Efron dan juga Zendaya.

Sam Tsui merupakan selebriti sosial media yang mempunyai pengaruh dan pengikutnya yang tersendiri.
Berusia 30 tahun, penyanyi kelahiran Amerika Syarikat itu sebelum ini dikenali ramai kerana sering merakamkan semula lagu-lagu yang pernah dipopularkan oleh penyanyi-penyanyi ternama Hollywood seperti Adele, Lady Gaga, Britney Spears, Justin Timberlake dan Bruno Mars.

Daiyan juga pernah merakamkan semula beberapa buahlagu sebelum muncul dengan beberapa single sendiri seperti Kerna Kau, Cinta Suka Sayang Kamu, Jatuh, Langit dan lagu terbaharunya, Brutal.

Kini, siapa sangka Daiyan berpeluang bekerjasama dengan Sam Tsui di saluran Youtube penyanyi antarabangsa itu yang mempunyai lebih tiga juta pengikut.

Pasangan berkenaan merakamkan semula  lagu duet popular dari filem The Greatest Showman berjudul Rewrite The Stars yang telah dinyanyikan oleh Zac Efron dan juga Zendaya.

Video lagu berkenaan yang telah dimuat naik pada 8 Febuari di saluran Youtube Sam Tsui itu telah mendapat lebih 200,000 tontonan dan 28,000 tanda like.

 

Kolaborasi dua penyanyi itu turut disambut rasa teruja oleh peminat mereka di Malaysia.

Berikut kami tampilkan antara reaksi peminat mereka di laman Youtube.

KETERUJAAN peminat di Malaysia mengenai kerjasama Daiyan Trisha dan Sam Tsui.

Sam Tsui dan Daiyan Trisha merupakan dua selebriti yang mempunyai peminat tersendiri.