PENYANYI Indonesia, Syahrini berhasrat membawa 100 orang untuk menunaikan ibadah Umrah di tanah suci, Mekah.

Hasrat itu merupakan azam Syahrini, 35, sempena menyambut tahun 2018.

"Jika ada rezeki lebih dari Allah, saya berhasrat untuk membawa 100 orang menunaikan Umrah.

"Doakan rezeki saya ya," katanya kepada Detikhot.

Terdahulu pelantun lagu I Love You Allah ini pernah menanggung pembiayaan umrah untuk 20 orang baru-baru ini.

Selain itu, Syahrini juga merancang mengadakan konsert sulung sempena ulang tahun perjalanan karier dalam persada muzik Indonesia yang sudah mencecah selama 10 tahun.

Sumber: Detikhot