Istana Budaya mencipta sejarah apabila tiket konsert termahal berharga RM5,000 yang menampilkan tujuh penyanyi dengan gelaran datuk habis dijual.
Konsert Raja dan Rakyat Berpisah Tiada menampilkan Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Hattan, Datuk David Arumugam, Datuk Jamal Abdillah, Datuk Yusni Hamid, Datuk Leonard Tan dan Datuk Rossa yang bakal beraksi di Panggung Sari Istana Budaya pada 27 Februari ini.
Menurut Adinda Sultan Pahang yang juga merupakan penaung konsert, Datuk Seri Tengku Kamaruzzaman Sultan Sir Abu Bakar, sambutan yang diberikan amat menggalakkan dan tiket termahal itu berjaya dijual selepas baru beberapa hari penjualan tiket dibuat.
“Alhamdulillah, Konsert Raja dan Rakyat Berpisah Tiada mendapat sambutan yang luar biasa sehingga tiket berharga RM5,000 habis dijual.
“Ini secara tidak langsung mengangkat martabat dan prestij Istana Budaya sebagai sebuah panggung bertaraf dunia.
“Tambahan pula, persembahan kali ini akan menampilkan gaya dan kepakaran teknologi pentas terkini yang pasti akan memukau penonton yang hadir,” katanya pada sidang media Konsert Raja dan Rakyat Berpisah Tiada bertempat di Istana Budaya pada Selasa.
Tengku Kamaruzzaman juga menyatakan konsert tersebut cukup istimewa kerana ia menampilkan tujuh barisan penyanyi yang telah menerima Darjah Kebesaran daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah Ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar.
“Buat pertama kalinya dalam sejarah konsert ini menampilkan tujuh nama penyanyi yang menerima Darjah Kebesaran daripada KDYMM Sultan.
Selain konsert, sebuah pameran Diraja juga turut diadakan secara percuma selama empat hari bermula dari 24 hingga 27 Februari ini di ruang legar, Istana Budaya sempena meraikan Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang ke-85 tahun.
Untuk mendapatkan tiket konsert, sila hubungi Encik Aizam (014-5223696) dan Encik Asrul (017-3910746).
Gempak
Thu Feb 18 2016
Kesemua penyanyi terbabit adalah penerima Darjah Kebesaran daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah Ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar.
Pesawat terhempas di Sungai Tanana, Alaska
Sebuah pesawat Douglas DC-4 telah terhempas di kawasan sungai di Fairbanks di negeri Alaska Amerika Syarikat pada Selasa.
Pelumba pertama F3 Vietnam terima sentuhan bekas pelumba Malaysia
Pelumba Vietnam Alex Sawer Hoang Dat akan bersaing untuk pasukan perlumbaan Finland KIC Evans GP dalam pertandingan Formula Tiga FRECA (F3) 2024.
Penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa tipu kurangkan kadar kompaun
Seorang penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa atas pertuduhan menipu seorang lelaki untuk membantu mengurangkan kadar kompaun.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
AWANI Ringkas: Faktor penyumbang tragedi helikopter terhempas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Proaktif perkasa Muay Thai
Sudah tiba masanya sukan Muay Thai diperkasa bagi melahirkan lebih ramai jaguh berkualiti untuk diketengahkan ke pentas antarabangsa.
Mesyuarat PAC 2024 MPOB teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan meneliti projek penyelidikan dan isu dalam industri sawit Malaysia.
Tidak tuntut nafkah, Adira faham keadaan Datuk Red
"Saya tidak mahukan apa-apa sebab saya tak nak susahkan lagi Datuk Red... dia pun tengah down. Kita doakan yang terbaik untuk dia."
Legenda badminton dunia berkumpul di Menara Eiffel
Chong Wei memberikan penghormatan khas kepada penganjur Perlawanan Paris 100 kerana menjemputnya ke perlawanan legenda badminton terbaik dunia.
Pengasas Mustika Ratu meninggal dunia pada usia 96 tahun
Pemergian Mooryati disifatkan kehilangan besar kepada Indonesia, khususnya dalam aspek pembangunan wanita, kecantikan dan kesihatan.
Papan iklan unik Dairy Champ jadi perbualan
Keunikan yang dipaparkan pada papan iklan itu mengundang pelbagai pendapat dari netizen.
Penangan konsert tujuh Datuk, tiket termahal RM5,000 habis dijual
Istana Budaya mencipta sejarah apabila tiket konsert termahal berharga RM5,0000 yang menampilkan tujuh penyanyi dengan gelaran Datuk habis dijual.