KEJUTAN lamaran ini telah dibuat oleh Wan Ariff, 29, di sebuah restoran Arab di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

"Saya dijemput Ariff untuk keluar makan. Tak sangka pula tiba-tiba muncul kawannya sambil menyanyi dan petik gitar, seterusnya melamar saya.

"Jujurnya, saya amat terharu kerana tidak pernah melalui pengalaman seperti ini," ujar Aida.

Aida dan Ariff dijangka akan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ini.

"Sebelum lamaran itu rupa-rupanya Ariff sudah uruskan segala dokumen berkaitan urusan nikah dan Insya-Allah, majlis nikah akan diadakan secepat mungkin jika segalanya berjalan dengan baik.

"Majlis persandingan akan diadakan pada 20 April tahun depan sempena tarikh lahir saya di rumah percutian saya di Janda Baik, Pahang," katanya.

Aida pernah berkahwin sebanyak tiga kali sebelum ini dan mempunyai tiga orang anak hasil dari dua perkahwinannya. - Teks: Noor Zulaikha Yusof Sumber: MStar Online