Pengarah filem Yusof Kelana meninggal dunia di kediamannya di Taman Melawati, Hulu Klang jam 9.30 pagi, hari ini.

Yusof, 66, disahkan menghidap kanser kulit tahap empat Julai lalu.

Perkara itu disahkan isterinya Allahyarham, Nur Maynah.

Allahyarham sebelum ini berada dalam keadaan tenat di Institut Kanser Negara (IKN), Putrajaya.

Pengarah itu pada mulanya menyangka luka pada tapak kaki hanya kecederaan biasa.

Namun selepas mengalami sakit dada dan terjatuh di rumah, Allahyarham kemudian dibawa ke hospital.

Pihak hospital kemudian melakukan CT Scan dan pengarah itu disahkan menghidap kanser kulit tahap empat.