Sejak didedahkan tidak mempunyai permit penggambaran di Malaysia Julia Perez menghilangkan diri.

Penggambaran filem "Sumpahan Malam Pertama" arahan Murali Abdullah juga dihentikan buat sementara waktu.

Syarikat produksi yang terlibat, Nusantara Seni Karya Sdn Bhd telah menghantar surat memohon maaf bagi pihak Julia.

Difahamkan sedang dalam proses mendapatkan permit, Zed Zaidi yang merupakan presiden persatuan Seniman berharap penggambaran hanya dijalankan selepas permit diluluskan.

Zed ditemui pada sidang media khas "Badan Bertindak Memelihara Kedaulatan Undang-Undang" yang bertujuan untuk menjelaskan pelbagai isu termasuk kes Julia.