Tutup

Penonton, pendengar setia Astro berpeluang raih hadiah lumayan menjelang Ramadan

Penonton, pendengar setia Astro berpeluang raih hadiah lumayan menjelang Ramadan
Sempena dengan Ramadaan ini Astro akan memperhebatkan lagi program-programnya yang bakal menemui penonton setia menerusi platform televisyen, radio dan ruangan digitalnya. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR : Dalam keseronokan menyambut bulan yang penuh berakat iaitu Ramadan yang bakal menjelma tidak lama lagi, siapa tahu anda mungkin penonton yang bertuah terpilih untuk memenangi hadiah pakej umrah dan ziarah eksklusif bernilai sehingga RM100,000 yang ditawarkan Astro.

Sempena dengan Ramadaan ini Astro akan memperhebatkan lagi program-programnya yang bakal menemui penonton setia menerusi platform televisyen, radio dan ruangan digitalnya.
Bagi Ramadan 2019 Astro menyajikan pelbagai program menarik dengan mengangkat tema ‘Sempurna Seadanya’ bagi melatari kempen Ramadan dan Raya 2019 ini.
 
Menurut Pengurusa saluran Astro Ria, Astro Citra dan Tayangan Hebat, Emarina Kamal berkata sebanyak 75 program menarik menanti penonton dimana kesemuanya berdurasi selama 267 jam.

“Ia merupakan 54 peratus lebih tinggi berbanding tahun lalu.Dan program kali ini merangkumi keagamaan, telefilem, dokumentari, drama bersiri, sketsa, animasi, komedi dan rancangan khas seperti variasi, travelog serta bual bicara dari tema tahun ini iaitu ‘Sempurna Seadanya’," katanya pada sidang media di Pusat Penyiaran Astro di Taman Teknologi Bukit Jalil pada Selasa.
Antara yang menarik bakal menanti penonton menerusi Astro Ria termasuklah drama bersiri ‘Curi-Curi Cinta’ yang bakal menampilkan nama-nama popular seperti Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Redza selain ‘Imaan’ lakonan Remy Ishak dan Nora Danish serta Fendy Bakry.

Bagi platform radio pula tidak kurang hebatnya apabila bakal menampilkan beberapa kelainan khas bersempena Ramadan ini.

Stesen kegemaran iaitu ERA,SINAR,GEGAR dan ZAYAN bakal menyajikan rancangan awal pagi bersama KFC Malaysia dan akan bersiaran seawal jam 4 pagi hingga 6 pagi dengan hasrat menemani para pendengar yang bangun untuk bersahur.

Ia bakal menyaksikan Radin akan bersiaran menerusi slot ‘Soq Pagi Era,’ Zayan Sahoor akan dihoskan oleh Raqib.

’Teman Sahur Sinar’ pula akan dihoskan oleh PINK dan ‘Saing Sahur Gegar yang akan dihoskan oleh Ewan.

Para pendengar juga berpeluang untuk memenangi set sarapan pagi KFC dan baucer KFC bernilai RM100 melalui peraduan di udara selain di atas talian.

Menerusi platform Digital pula Astro akan menampilkan Gempak,Rojak Daily,Behind the Wheel serta Drebar.

Istimewa tahun ini Gempak menyajikan siri mini penuh pengajaran iaitu ‘Celup’ yang diarahkan oleh Michael Ang.

Kalau nak diikutkan terlalu banyak program menarik menanti penonton setia Astro menjelang Ramadan ini.

Namun apa yang paling istimewanya,penonton tegar mungkin berpeluang untuk tersenarai dalam kelompok lima pasangan yang bertuah dan terpilih untuk memenangi pakej umrah bernilai RM100,000 dengan hanya perlu menjawab satu soalan mudah.


Tag: Astro, Ramadan, Media, umrah, Bukit Jalil, Malaysia, Sempurna Seadanya



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.