SELEPAS lapan minggu berlangsung, akhirnya pentas Big Stage melabuhkan tirai dengan menyaksikan Azzam Sham dinobatkan sebagai juara.

Kini, kehangatan program Gegar Vaganza (GV) pula kian terasa, lebih-lebih lagi dengan 14 artis ternama akan bersaing untuk merebut gelaran juara.

Bertemakan "Grand Konsert", kesemua 14 bintang akan membawakan lagu-lagu hit nyanyian mereka yang menjadi siulan ramai satu ketika dahulu.

Ini senarai lagu yang akan dibawakan oleh peserta GV pada minggu pertama:

Cliff Umar - Wanita Seluruh Dunia

Haslinda - Sehati dan Sejiwa

Yantzen - Medley Tiada Lagi Aku & Insan

Ashira - Di Ombak Resah

Nomad - Tetap Menantimu

Rozita Izlyn - Dunia Kita Berbeza

Ayu Damit - Hanya Di Mercu

Oja - Dasira

Indigo -Istimewa

Linda Nanuwil - Jika Kau Kekasih

Aju Success - Ku Basuh Luka Dengan Airmata

Eva - Bulan Cinta

Mus - Medley Sendiri & Biru Mata Hitamku

Noraniza Idris - Medley Dondang Dendang & Dikir Puteri


GV kali ini juga masih mengekalkan Datuk Ramli MS sebagai juri tetap bersama-sama dengan penghibur terkenal, Datuk Khadijah Ibrahim.

Sementara seorang lagi juri jemputan profesional juga diundang khas secara bergilir-gillir pada setiap minggu.

Program yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse akan berlangsung di Pusat Kovensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan ditayangkan di saluran Astro Ria dan Ria HD pada jam 9 malam bermula 11 Oktober ini.

Siapa yang akan memberi 'sengat'? Sama-sama kita nantikan.