PENYANYI Siti Sarah mengakui mempunyai alasan tersendiri melakukan perubahan pada dirinya setelah sering dikritik oleh orang ramai.

Menerusi entri di Instagram (IG), Siti Sarah telah berkongsi perasaanya apabila dihina oleh orang ramai dan menyeru wanita diluar sana supaya dapat melakukan perubahan seperti dilakukannya.

"Sapa ingat gambar ini? mungkin ramai yang kata kenapa nak cerah kenapa nak berubah buat apa?.

"You are not in my shoes, awak tak hadap apa yang saya hadap. Ye saya memang kuat untuk hadap banyak benda tapi saya tau ramai orang yang tak boleh menghadapi tekanan.

"Apabila dikutuk di panggil gorila, negro, nama-nama binatang seperti badak, babi dan seangkatan dengannya sapa yang tahan dan apabila ada orang ingat yang kau tak level dengan dia! Kau salah!

"Come on girls time to change! Dan saya tau ramai perempuan yang di luar sana nak berubah dan jangan berubah untuk orang lain. Berubah untuk diri sendiri yang penting perubahan perlukan kesabaran," tulisnya.

Rata-rata peminat kagum dengan perubahan yang dilakukan oleh Siti Sarah dan berharap dia dapat memaafkan orang yang pernah menghinanya suatu ketika dahulu.

sapa ingat gamba ni?? mungkin ramai yg kata kenapa nak cerah kenapa nak berubah buat apa??? u r not in my shoes.. awak tak hadap apa yg saya hadap.. ye saya memng kuat untuk hadap banyak bende.. tapi saya tau ramai org yg tak boleh menghadapi tekanan.. apabila dikutuk di panggil gorila, negro, nama2 binatang ( bad*k ,b**i dan seangkatan dengannya ) sapa yg tahan! dan apabile ada org ingat yg kau tak level dengan die! kau salah !! come on girls time 2 change ! dan saya tau ramai perempuan yg diluar sana nak berubah .. jangan berubah untuk org lain .. berubah untuk DIRI SENDIRI ... yang penting PERUBAHAN perlukan KESABARAN.. siapa yg ada cerita yg nak dikongsikan boleh kongsi bersama saya dan @pinkypinky.hq @pinkypinky.hq @pinkypinky.hq

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on