Orang lain punya cerita rumahtangga, orang lain pula yang terkena tempiasnya.

Ia hanya kerana nama sama!

Itu yang berlaku ke atas pengacara, pelakon dan penyanyi, Alif Satar yang sekali lagi namanya disalah petik sesetengah orang yang masih 'keliru' untuk membezakan dia dengan artis yang terpalit dengan kontroversi rumah tangga, Aliff Aziz.

Melalui status di laman Instagram, Alif Satar hanya memberi status ringkas mengenai kekeliruan orang ramai itu.

Dia hanya bertanya, sama ada jika ada sesiapa yang mengalami pengalaman sama, nama disalah petik walaupun tidak terlibat dalam isu berkenaan.

BACA: 'Niat bukan untuk aibkan suami dia tapi ...' - Netizen pertahan tindakan Bella terhadap Aliff

BACA: "Bini punya lawa, cari orang lain" - netizen lepas geram pada Aliff Aziz

"Korang pernah tak kena petik nama? Padahal aku tak ada kena mengena dalam ini cerita!" tegasnya sambil memuat naik sebuah kllip video nyanyiannya.