Tutup

Persahabatan tiga dekad Sheila Majid, Harvey Malaiholo

Persahabatan tiga dekad Sheila Majid, Harvey Malaiholo
Lebih 30 tahun lalu, gelanggang muzik menemukan Sheila Majid dan Harvey dan sehingga ke hari ini mereka masih kekal bersahabat. - Gambar Instagram SHEILA MAJID
PERANAN muzik tidak hanya menghiburkan, bahkan jika mahu diteroka lebih jauh, muzik juga menyuburkan perasaan kasih, sayang dan persahabatan antara pencintanya.

Demikian sifat muzik yang mengakrabkan hubungan dua legenda seni di rantau ini.

Penyanyi ternama Datuk Sheila Majid dan rakan seperjuangannya dari Indonesia, Harvey Malaiholo dipertemukan di gelanggang muzik kira-kira 30 tahun lalu.

Dan sehingga ke hari ini, kedua-dua penghibur tersohor itu masih kekal bersahabat.
Sheila dan Harvey antara penghibur yang sangat disegani oleh kawan dan lawan mereka.

Baik di Malaysia mahupun Indonesia, kedua-duanya sentiasa menjadi sanjungan peminat sekalipun sudah lebih tiga dasawarsa berkarya.
Populariti Sheila dan Harvey tidak pernah pudar sehingga ke hari ini.

Merakamkan penghargaaan terhadap hubungan persahabatan yang terjalin antara mereka, Shiela memuat naik entri di laman Instagram peribadinya berkongsi cerita bagaimana beliau dan Harvey bertemu.

Dalam entri yang turut disertakan dua keping foto terbaharu, Sheila menggambarkan Harvey bukan hanya sekadar sahabat, bahkan legenda seni Indonesia itu sudah seperti abangnya sendiri.

Penghibur yang masyhur dengan lagu Sinaran itu berkata, Harvey seorang yang tidak pernah lekang membuatnya ketawa.

“Lelaki ini tidak pernah gagal membuat saya ketawa. Kami berkongsi persahabatan lebih 30 tahun. Dan selama itu dia bagaikan abang buat saya. Selalu menjaga saya dan sangat konsisten dengan caranya,” kata Sheila dalam entri berkenaan.


Harvey Malaiholo digambarkan Sheila Majid sebagai lelaki yang sangat baik hati. - Gambar Instagram Sheila Majid

Entri itu juga turut mendapat perhatian sejumlah artis Malaysia dan Indonesia seperti Datuk Afdlin Shauki, Marcell, Afghan dan Fazura yang menurunkan komen mengagumi persahabatan Sheila dan Harvey.


Tag: sheila majid, harvey malaiholo, Malaysia, Indonesia, penyanyi



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.