Tutup

"Pertunangan satu perkara sensitif kerana..." - Fara Hazel bakal nikah Tengku Mohammad Kamal Disember

"Pertunangan satu perkara sensitif kerana..." - Fara Hazel bakal nikah Tengku Mohammad Kamal Disember
Fara Hazel tampil menjelaskan tindakannya merahsiakan tentang pertunangan dengan ahli perniagaan dari Terengganu, Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin.
PENYANYI Fara Hazel tampil menjelaskan tindakannya merahsiakan tentang pertunangan dengan ahli perniagaan dari Terengganu, Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin.

Jelas Fara, 23, dia akui bimbang dengan dugaan ketika fasa pertunangan.

"Saya rasa pertunangan ini sebagai proses mengenali antara satu sama lain.

"Perkara yang baik kena simpan dulu takut dengan dugaan yang berlaku. Saya takut diri sendiri tidak kuat untuk menghadapinya.
"Pertunangan ini satu perkara yang sensitif bagi saya kerana perlu menjaga hati banyak pihak. 

"Justeru, saya mengambil keputusan untuk lebih berhati-hati," katanya ketika dihubungi Gempak.
Tambah kakak kepada penyanyi Aiman Tino ini berkata dia dan tunangnya berkongsi minat yang sama dalam bidang nyanyian.

"Salah satu ciri ada pada Kamal yang menambat hati saya adalah kami mempunyai minat yang sama dalam nyanyian.

"Saya dan Kamal juga merancang untuk membuat satu single duet pada awal tahun hadapan.

"Kami juga merancang akan mengeluarkan lagu tersebut di resepsi yang ketiga iaitu di Subang," katanya lagi.

Fara dan Kamal bertunang pada 6 Julai lalu dalam sebuah majlis sederhana selepas tiga tahun berkenalan.

Pasangan ini merancang untuk disatukan pada bulan Disember ini dan akan diraikan dalam tiga buah majlis resepsi.


Tag: Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin, tunang, perkahwinan, Fara Hezel, Aiman Tino, Fara Hazel



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.