Pesan Salmon Salted Egg, penghantaran dengan Lamborghini?

Pesan Salmon Salted Egg, penghantaran dengan Lamborghini?
Ramai mempersoalkan kelayakan Nur Edlynn Zamilleen memandu kereta memandangkan usianya baru 14 tahun. - Foto Instagram/@cikb_havoc66
ANAK kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Vida, Cik B membuat kejutan apabila menghantar barangan produknya menggunakan kereta mewah model Lamborghini.
 
Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamilleen, 14 tahun, mempamerkan skil memandunya menerusi satu video yang dimuat naik di Instagramnya.
 
Menurut Cik B, barangan itu akan dihantar kepada pelanggannya yang bertuah.
 
"Nak COD (Cash On Delivery) ni, kalau nak tahu siapa orang yang bertuah ni, jom ikut Cik B," katanya.
 
Menjengah ke ruang komen rata-rata netizen dilihat amat mengagumi kereta mewah dipandu usahawan muda itu.
 
Kebanyakkannya mereka merasakan Cik B sangat bertuah kerana berpeluang memandu Lamborghini di usia muda.
 
Dalam pada itu, ada juga netizen yang mempersoalkan kelayakan Cik B memandu memandangkan dia masih berusia 14 tahun dan tidak mempunyai lesen.
 
 

 
 


Tag: Nur Edlynn Zamilleen, hantar barang, COD, Lamborghini


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.