Adakalanya sembang-sembang yang sudah lama berlaku boleh dirasakan baru dan laku untuk didengar semula. Berikut ialah beberapa butiran perbualan saya dengan arwah Yasmin Ahmad pada Julai 2007 dahulu.

Antara lain Allahyarham Yasmin Ahmad meletakkan Pablo Picasso sebagai pengaruh paling besar dalam dirinya sewaktu berkarya.
“Mungkin dalam saya buat cerita, kalau kita tiba dekat sungai tu saya akan bagi awak tali, saya bagi awak kayu, awak kena buat jambatan sendiri, saya tak buatkan awak jambatan” ujar Yasmin Ahmad.

Ikuti wawancara penuh Ajami Hashim bersama Allahyarham Yasmin.


Sementara itu, sehari selepas pemergian Yasmin, Gala TV turut merakamkan satu program khas dalam Gala TV Plus.