SELEPAS aplikasi permainan Pokemon GO diketahui boleh dimuat turun mulai semalam, pelbagai reaksi telah diberikan oleh pengguna laman sosial, terutamanya yang beragama Islam.
Rata-ratanya tidak bersetuju dengan kemasukan aplikasi tersebut ke negara ini, lebih-lebih lagi selepas Indonesia dan Saudi Arabia mengharamkan permainan popular dunia itu di negara mereka.
Antara komen pengguna Muslim di laman sosial seperti Twitter, Facebook dan Instagram ialah, mereka bersetuju sekiranya permainan tersebut turut diharamkan di negara ini.
Menurut mereka, Pokemon GO wajar diharamkan gara-gara permainan itu telah mengakibatkan beberapa kemalangan termasuk kematian.
Mereka turut menyokong kenyataan dikeluarkan Indonesia dan Arab Saudi yang mendakwa Pokemon GO hanya sebuah aplikasi yang sia-sia dan mendatangkan kelalaian kepada orang ramai.
Ini berbeza dengan penggemar Pokemon yang sama sekali tidak bersetuju apabila permainan tersebut dikatakan membahayakan dan menyebabkan kelalaian.
Bagi penggemar dan penyokong Pokemon, ia hanya sekadar satu permainan dan pengguna tidak perlu taksub sehingga mengabaikan keselamatan dan nyawa sendiri.
Ada juga pengguna laman sosial yang neutral tentang perkara tersebut dan menganggap tiada salahnya jika memuat turun aplikasi Pokemon GO untuk menghilangkan rasa bosan.
Aplikasi ini juga menurut mereka, ada positifnya kerana Pokemon GO merupakan permainan 'tricky' serta memerlukan kemahiran berfikir serta kepakaran tertentu yang secara tidak langsung menguji minda pemainnya.
Tidak kurang juga yang meminta penggemar Pokemon agar tidak berlebihan ketika bermain dengan Pokemon GO, kerana menurut mereka apa sahaja jika dilakukan secara berlebihan boleh mengundang bencana.
Perdebatan di media sosial itu turut diselitkan dengan kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang menegaskan Pokemon dan aplikasi permainan Pokemon GO tidak dibenarkan untuk umat Islam atas faktor 'maslahah' dan kemudaratan.
Zulkifli dalam kenyataannya semalam memberitahu, keputusan tersebut dicapai setelah meneliti pendapat para ulama dan fatwa yang dikeluarkan.
Katanya, fatwa yang dikemukakan berasas dan permainan Pokemon GO dan Pokemon perlu dijauhkan jika membawa kepada mudarat.
Mengiyakan kuasa dan dewa tertentu dan boleh membawa kepada perjudian juga antara sebab ia diharamkan untuk umat Islam.
Terdahulu, beberapa kes seperti pengintipan pihak luar, pengabaian anak, pencerobohan ruang peribadi, kemalangan, kematian dan banyak lagi telah dilaporkan disebabkan permainan Pokemon GO.
Gempak
Sun Aug 07 2016
Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegaskan Pokemon dan aplikasi permainan Pokemon GO tidak dibenarkan untuk umat Islam atas faktor 'maslahah' dan kemudaratan.
Perlu isyhtihar jika bawa lebih S$20,000
: Semua pengembara yang memasuki atau meninggalkan Singapura membawa mata wang fizikal dan instrumen boleh niaga (CBNI) dengan nilai lebih 20 Ribu Dolar Singapura atau bersamaan dalam mata wang asing.
Pengisytiharan CBNI ini supaya membantu usaha Singapura membanteras aktiviti jenayah seperti pengubahan wang haram dan Keperluan sedemikian adalah kebiasaan di banyak negara.
Pengisytiharan CBNI ini supaya membantu usaha Singapura membanteras aktiviti jenayah seperti pengubahan wang haram dan Keperluan sedemikian adalah kebiasaan di banyak negara.
G7 tekad, untuk redakan perang di Asia Barat, Ukraine-Rusia
Isu peperangan di Ukraine dan Asia Barat mendominasi mesyuarat Menteri Luar Kumpulan G7,terdiri daripada Amerika Syarikat, Itali, Kanada, Perancis, Jerman, Jepun dan Britain.
Sidang kemuncak menteri luar itu berakhir sejurus selepas serangan Israel ke atas Iran dikatakan sebagai tindakan balas terhadap serangan dron dan peluru berpandu Iran baru-baru ini ke atas Israel.
Sidang kemuncak menteri luar itu berakhir sejurus selepas serangan Israel ke atas Iran dikatakan sebagai tindakan balas terhadap serangan dron dan peluru berpandu Iran baru-baru ini ke atas Israel.
Lari fokus, abai kesihatan antara masalah utama jemaah
Beberapa masalah jemaah haji Malaysia, antaranya terlalu tumpukan kepada ibadat sunat dan abai soal kesihatan dikumpul hasil pemerhatian bekas petugas Tabung Haji (TH) sepanjang lebih 30 tahun berkhidmat. Namun, semua masalah ditangani secara bijak oleh petugas TH yang menggalas tanggungjawab.
Bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar meninggal dunia
Allahyarham difahamkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.15 pagi tadi.
Kes Audrey Fang: Penyiasat temukan bukti dalam bilik hotel suspek
Peguam keluarga mangsa meminta warga Singapura itu yang tidak dinamakan di hantar ke penjara dahulu sebelum perbicaraan.
Kursus Perdana Haji secara berperingkat di seluruh negara bermula hari ini sehingga 5 Mei
TH anjur Kursus Perdana Haji secara berperingkat di seluruh negara bermula hari ini di Masjid WIlayah Persekutuan sehingga 5 Mei ini, di mana ia merupakan kursus terakhir bagi bakal jemaah haji sebagai platform ulang kaji dan pelengkap kepada kursus-kursus sebelum ini.
White House enggan komen serangan Israel ke atas Iran
Jurucakapnya White House berkata Amerika Syarikat tidak mahu komen tentang perkara itu kerana dari awal lagi mereka tidak ingin terlibat secara langsung atas perang antara Iran dan Israel, atas kerisauan peningkatan suhu konflik di Asia Barat.
Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
Freedom Flotilla Coalition (FFC) mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Perkara itu disahkan Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright menerusi taklimat ringkas kepada semua peserta terlibat di Istanbul pada petang Jumaat.
Perkara itu disahkan Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright menerusi taklimat ringkas kepada semua peserta terlibat di Istanbul pada petang Jumaat.
[Kronologi] perang Iran - Israel
[Kronologi] perang Iran - Israel
Pengembara dari dan ke Singapura bawa lebih S$20,000 perlu lakukan pengisytiharan
Pengisytiharan menggunakan kertas pada masa ini akan dihentikan pada 13 Mei ini.
ERL hantar 20 petugas bantu operasi Makkah Metro
Seramai 20 petugas berpengalaman Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dihantar ke Arab Saudi bagi menyokong operasi perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro atau lebih dikenali Makkah Metro.
Arab Saudi umum Aidilfitri jatuh pada Rabu
Arab Saudi menetapkan 10 April sebagai Hari Raya Aidilfitri pada Rabu, menandakan berakhirnya bulan Ramadan bagi umat Islam.
Graduan pergigian diangkat sebagai Miss Universe Arab Saudi yang pertama
Model dan graduan pergigian, Rumy Alqahtani menjadi perwakilan sulung negara tanah arab itu di persada global.
Negara Islam, Arab puji keputusan ICJ supaya Israel buka sekatan ke Gaza
Riyadh menyokong kesemua usaha menambah pembekalan bantuan kemanusiaan dengan segera dan mengurangkan krisis kemanusiaan yang meruncing di Gaza.
Arab Saudi dipilih pengerusi Suruhanjaya Status Wanita ke-69
Abdulaziz Alwasil dari Arab Saudi akan berkhidmat sebagai pengerusi sesi ke-69 CSW.
Kame Hame Habibi! - Taman tema Dragon Ball akan dibuka di Arab Saudi
Taman ini akan dibuka di Qiddiya City dengan keluasan 500,000 meter persegi dan bakal mempunyai tujuh ruang bertemakan dunia Dragon Ball.
Kuota haji: Tunggu keputusan Arab Saudi
Kerajaan optimis kuota jemaah haji negara ini akan meningkat, susulan langkah Arab Saudi yang sedang merancang untuk meningkatkan jumlah jemaah kepada lima juta orang menjelang tahun 2030.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Arab Saudi mula berpuasa pada Isnin
Sebelum ini, Mahkamah Agung Arab Saudi menggesa umat Islam di negara itu untuk cuba melihat anak bulan Ramadan pada petang Ahad, 10 Mac 2024 bersamaan 29 Syaaban 1445 menurut kalendar Islam.
Arab Saudi pastikan keselamatan makanan terjamin sepanjang Ramadan
Perbandaran Kota Suci Makkah, Arab Saudi meningkatkan tahap kesiapsiagaan menjelang Ramadan.