PELAKON Lisa Surihani menjadi perhatian peminat selepas mengambil keputusan untuk menukar imej baru dengan berambut pendek.

Lisa yang juga merupakan isteri kepada penyanyi dan pengarah Yusry KRU itu muncul dengan penampilan baru bermula awal Februari lalu.

Rata-rata peminatnya memuji Lisa kelihatan cantik, semakin muda dan gaya potongan rambut itu juga bersesuaian dengan aktres tersebut.

Malah menerusi foto terbaru yang dikongsi oleh pelakon Mawar Rashid yang merakamkan gambar bersama Lisa turut mendapat perhatian.

Foto yang dimuat naik oleh Mawar menerusi akaun Instagram (IG) semalam dihujani dengan kata-kata pujian terhadap kedua-dua wanita cantik itu.

Tidak kurang ada juga yang menyatakan Lisa, 31, kelihatan sebaya dengan Mawar yang berusia 22 tahun.