Industri hiburan negara kehilangan seorang lagi permata seni.

Presiden PAPITA, Datuk M Daud Wahid, 76 tahun, dilapor meninggal dunia akibat kanser prostat yang dihidapi sejak tahun lepas serta komplikasi jantung jam 2.29 petang tadi.

Menurut kenyataan daripada Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Hanafiah, jenazah Allahyarham akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Sungai Kandis, Seksyen 26, Shah Alam petang ini.

"Dukacita dimaklumkan bahawa industri hiburan negara kehilangan seorang lagi permata seni tanah air iaitu Datuk M Daud Wahid.

"Jenazah akan dibawa ke Surau Seksyen 9, Shah Alam dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Kandis.

"Seluruh kepimpinan Seniman Malaysia dan ahli Seniman mengucapkan salam takziah kepada keluarga arwah," ujarnya.