Selepas hampir 15 tahun menyepi tanpa sebarang album, kumpulan 'thrash metal' terkenal tempatan Freedom That’s Gone (FTG) membuat kejutan dalam industri muzik tanah air apabila melancarkan album terbaharu mereka 'Kau Jangan Kurang Ajar!'.
Kehadiran album ini agak mengejutkan dan dianggap langkah berani FTG dan Rockstage Entertaiment di kala industri muzik ketika ini dilihat agak perlahan dan sukar mencari peminat yang mahu membeli cakera padat (CD).
Namun bagi kumpulan itu, ia bukanlah halangan kepada mereka untuk terus menterjemahkan karya seni mereka dan yakin terhadap peminat setia mereka.
Menurut pihak Rockstage Entertainment Talib Othman, pihaknya menyedari pasaran yang tidak begitu baik ketika ini di kala ramai artis hanya mengeluarkan single berbanding album.
“Kami menyedari hakikat itu, tapi kami yakin dengan peminat setia FTG yang sekian lama menantikan album dapat dikeluarkan. Pihak kami juga mensasarkan jualan permulaan sekitar 5,000 unit.
"Promosi turut akan diadakan dalam masa terdekat ini dengan siri jelajah dan akan ke Kuantan pada 26 Oktober ini selain Pulau Pinang, Sabah, Sarawak serta Johor,” katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Album 'Kau Jangan Kurang Ajar!’ di ibu negara pada Rabu.
Sementara itu, FTG mengakui tajuk album kali ini berhubung kait dengan realiti semasa dalam negara yang kemudiannya diterjemahkan dalam bait dan alunan muzik mereka.
“Kami memang dari dulu lagi, setiap lagu yang kami ciptakan sentiasa terkait dengan realiti semasa. Tapi kami tidak menunding jari kepada mana-mana pihak dan terserah kepada pendengar untuk mentafsirkannya,” kata pemain bass FTG, Azmie Ibrahim atau Mie.
Bagi vokalis kumpulan itu, Tajul, apa yang terlahir dalam album kali ini adalah inspirasi FTG sendiri yang lebih berterus-terang dalam setiap lirik tanpa selindung dan identiti dahasa ‘direct’ (terus terang) itu dikekalkan sepertimana album-album mereka yang pernah lahir sebelum ini.
“Biarpun mungkin kedengaran kasar tapi itulah hakikat dan realiti semasa ketika ini yang berlaku dalam negara. Biarlah ia begitu kerana itulah FTG,” katanya ketika ditemui Astro AWANI.
Album 'Kau Jangan Kurang Ajar' memuatkan lapan lagu -- Kita Bukan Anjing Kalau Bodoh Jangan Sombong, Demokrasi Mimpi, Ibu Maafkan, Aku Bukan Izrail, Pengkhianatan Lahanat, Dajjal dan Kau Jangan Kurang Ajar.
Raja Hisyam Raja Zaid
Wed Oct 02 2019
Kumpulan FTG, (dari kiri) Mie, Tajul dan Jac. - Foto Astro AWANI/Raja Hisyam Raja Zaid
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
Jerman-UNRWA mungkin bekerjasama semula
Kerajaan Jerman merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA). Ia susulan daripada kontroversi yang mendakwa anggota petugas UNRWA terlibat dalam serangan di Gaza yang berlaku pada 7 Oktober tahun lalu.
Ini panggilan daripada Allah SWT - Dr Sharifah Mazlina
Ketua Misi Ekspedisi Wanita Berkumpulan ke Antartika, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang merupakan salah seorang peserta dari Malaysia bagi misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla menyifatkan penglibatannya dalam misi berkenaan sebagai satu panggilan yang ditentukan Allah.
Tujuh ditahan polis dalam serbuan 'keganasan' Australia
Polis Australia menahan tujuh individu yang menimbulkan risiko dan ancaman kepada orang ramai selepas melakukan serbuan antikeganasan membabitkan lebih 400 pegawainya, pada Rabu.
[TERKINI] UM diminta siasat, sedia laporan segera
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil maklum dan memandang serius isu yang berlaku berhubung tindakan seorang penceramah warga asing mengeluarkan kenyataan yang dilihat mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di media sosial.
Astro AWANI dinobat adaptasi AI dalam pemberitaan terbaik di pentas Asia
Astro AWANI dinobat sebagai pemenang Anugerah Digital Media Awards 2024 bagi kategori adaptasi Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pemberitaan terbaik di rantau Asia.
MITI optimis prestasi perdagangan lebih baik pada 2024
Tengku Zafrul menjelaskan, MITI juga memperbaharui fokusnya dengan berpaksikan kepada empat tunjang utama iaitu ekonomi, kelestarian, rakyat dan inovasi.
Pekebun durian musang king gagal dapat kebenaran semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi tolak permohoan pekebun musang king untuk semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan 186 pekebun durian musang king di sekitar Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah dikeluarkan kerajaan negeri Pahang sebelum ini.
Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan 186 pekebun durian musang king di sekitar Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah dikeluarkan kerajaan negeri Pahang sebelum ini.
Realiti semasa dalam negara cetus idea album 'Kau Jangan Kurang Ajar!' - FTG
Biarpun mungkin kedengaran kasar tapi itulah hakikat dan realiti semasa ketika ini yang berlaku dalam negara . Biarlah ia begitu kerana itulah FTG