KEGILAAN peminat terhadap watak adi wira Power Rangers kini terbukti.

Laman Facebook pawagam GSC Cinemas melaporkan kehilangan salah satu anggota Power Rangers, iaitu Red Ranger di GSC Midvalley.

Menurut pemerhatian di laman sosial, patung Red Ranger itu dilaporkan hilang dari tempat ia dipamerkan beberapa hari lalu, namun kehilangannya baru sahaja dimaklumkan melalui Facebook GSC, semalam.

Biarpun status itu dimuat naik dalam nada berjenaka, namun pengurusan GSC benar-benar serius dan berharap patung yang diperbuat dari kadbod itu dapat ditemui semula.


"Tolong kami cari Red Ranger. Empat sahabatnya sedang bersedih," itu yang ditulis admin Facebook pawagam tersebut.

Ketika berita ini ditulis, ia masih belum ditemukan.

Filem Power Rangers mula ditayangkan di seluruh negara pada Khamis.