ANGGOTA kumpulan K-Pop Korea Selatan Red Velvet, Irene Bae menjadi artis Asia pertama untuk menjadi model untuk jenama Damiani.

Jenama barang kemas mewah Itali tersebut mengumumkan penyanyi Really Bad Boy (RBB) itu sebagai model jenama tersebut untuk tahun ini.

“Irene merupakan seorang model yang menepati visi Damiani, iaitu seorang wanita yang mempunyai persona dan ‘charm’ yang berbeza-beza,” kata seorang wakil Damiani.

Memetik laporan media tempatan, bintang Hollywood yang pernah menjadi model untuk jenama tersebut ialah Gwyneth Paltrow, Sophia Loren dan Brad Pitt.

Dalam kempen pertama, Irene tampak chic dengan memperagakan koleksi Damiani iaitu Belle Epoque.


Irene memperagakan koleksi Damiani iaitu ‘Belle Epoque’.




Red Velvet berada di bawah naungan SM Entertainment dan membuat debut dengan empat anggota pada 2014 dengan lagu “Happiness”.



Pada 2015, seorang lagi anggota menyertai kumpulan itu dan mereka kemudiannya mengeluarkan album mini pertama iaitu “Ice Cream Cake”.

Irene atau nama sebenarnya Bae Joohyun merupakan ketua kumpulan itu yang terdiri daripada lima ahli yang lain iaitu Seulgi, Wendy, Joy dan Yeri.