Filem Redha yang menampilkan tema autisme berjaya merangkul dua anugerah utama di Festival Filem World Premieres yang berlangsung pada Ahad.

Junainah Lojong yang membawa watak Alina, ibu kanak-kanak autisme merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik.

Filem arahan Tunku Mona Riza itu turut terpilih menerima Anugerah Khas Juri berikutan nilai sosial sejagat yang dibawa menerusi filem tersebut.

Menurut star2, jurucakap festival tersebut memberitahu keputusan untuk kedua-dua anugerah tersebut dicapai sebulat suara.

Kejayaan Redha membuktikan penerimaan filem tersebut di peringkat antarabangsa yang bersaing dengan filem-filem hebat dari Sepanyol, Vietnam, Belgium, dan Perancis dalam kategori utama.

BACA: Tak laku di negara sendiri, Redha cari peluang di Cannes

BACA: Tonton filem Redha dengan hati - Pengarah

Detik kemenangan Redha turut dikongsi pengarah Tunku Mona Riza dan penerbit Haris Sulong di akaun Facebook mereka: