Hashtag #RevivalTourMalaysia terus menjadi trending di laman sosial sejak semalam ketika konsert sedang berlangsung di Stadium Malawati, di sini.

Ramai pengguna media sosial memuji cara pemakaian penyanyi, Selena Gomez yang dilihat sopan dan menghormati budaya Malaysia.

Bagi pengguna Twitter @HayusSays, dia berkata, mungkin artis Malaysia boleh belajar berpakaian sopan daripada Selena. Beberapa pengguna media sosial yang lain turut sependapat dengan @HayuSays.
Selena tampil bersahaja dengan T-shirt lengan panjang dan seluar polos warna gelap pada konsert #RevivalTourMalaysia semalam yang berdurasi selama 90 minit.

Konsert tersebut menjadikan impian peminat Selena untuk melihat beliau beraksi di Malaysia menjadi realiti, selepas beliau membatalkan konsert 'Stars Dance Tour', sebelum ini.

Selena mempertaruhkan lagi ‘Same Old Love’ sebagai tirai pembukaan konsert.


Sebaik sahaja habis lagu tersebut, Selena terus memikat hati peminat Malaysia, dengan lagu ‘Come And Get It.’

Jeritan peminat yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Selenators’ terus menggegarkan Stadium Malawati dengan jeritan tanpa henti sepanjang konsert berlangsung.


Akhirnya Selena Gomez dapat beraksi di Malaysia

Antara lagu lain yang dinyanyikan oleh penyanyi yang mempunyai 91.5 juta pengikut di Instagram itu termasuk, ‘Love You Like A Love Song’, ‘Who Says’, dan ‘Hand To Myself.’

Selepas Malaysia, Selena dijadualkan akan meneruskan konsert jelajah di Singapura, Filipina, Thailand dan Jepun.

Konsert #RevivalTourMalaysia dibawakan oleh Cornetto, dipromosikan oleh PR Worldwide. Ia juga disokong oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan Malaysia Major Events (MME), Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB).