Rihanna diejek sekumpulan media kerana tidak singgah di karpet merah sewaktu majlis anjuran syarikat rakamannya, Roc Nation.

Label milik penyanyi rap Jay-Z itu mengadakan majlis makan tengah hari sempena Anugerah Grammy di Los Angeles.

Rihanna tiba dalam persalinan Celine namun diperkatakan tidak berhenti di karpet merah yang diadakan di Soho House dimana dia sebaliknya terus menuju ke pintu masuk lain.

Berikutan itu, penyanyi yang bergelar Riri itu diejek oleh sekumpulan paparazzi yang hadir.

Kylie Minougue yang baru menyertai Roc Nation muncul di karpet merah namun tidak berhenti untuk temubual.

Berbeza dengan Eva Marcel yang sempat meluangkan masa menjawab soalan berkaitan etika berpakaian Grammy tahun ini.

Syarikat rakaman Roc Nation diasaskan oleh Jay-Z pada 2008.

Antara aritis lain yang bernaung di bawah label tersebut termasuk Rita Ora, J Cole dan Sugababes.