Ungkapkan perkataan rindu jika anda merindui pasangan atau sesiapa yang mempunyai hubungan rapat dengan anda.

Ini kerana rindu yang anda rasai tetapi tidak diungkapkan mungkin membawa padah kepada diri sendiri.

Kisah benar ini telah memberi inspirasi kepada Zahid Baharudin untuk menggubal sebuah lagu baharu berjudul ‘Cari Aku Jika Rindu'.

Menurut Zahid, seorang pengikut laman media Instagramnya berkongsi cerita tersebut kepadanya dan mengharapkan beliau akan menjadikan kisah benar itu sebuah lagu.

"Pada mulanya agak sukar bagi saya untuk menjiwai lagu tersebut kerana tidak pernah mengalami keadaan yang sama.

"Namun, setelah mendapat ilham dengan penceritaan dari pencipta lagu tersebut, ia lebih mudah bagi saya untuk mempersembahkan lagu ini," katanya ketika ditemu bual oleh Astro AWANI.

Lagu yang telah dilancarkan pada Jumaat ditulis oleh Hilmy Aslam dan komposernya adalah Zahid Baharudin, Kautsar Matsin dan Amir Ali.



Tambah Amir, untuk menambah kelainan kepada lagu tersebut, mereka menggunakan seruling sebagai instrumen utama.

"Penggunaan seruling dalam lagu ini untuk memberi nafas baharu agar ia akan lebih dekat dengan pendengar lagu ini," katanya.

Bagi yang ingin mendengarkan lagu ini, anda boleh dengarkannya di playlist menerusi aplikasi Raku.

Anda juga boleh muat turun aplikasi Raku di AppStore atau Google Play Store secara perrcuma di telefon pintar anda.