'Rindu Lizzy yang dulu' - Peminat puji lagu baru ciptaan Elizabeth Tan

'Rindu Lizzy yang dulu' - Peminat puji lagu baru ciptaan Elizabeth Tan
Ada netizen berpendapat cara nyanyian Elizabeth dalam lagu baru itu mengingatkan mereka akan cara nyanyiannya ketika mula-mula bergelar seorang penyanyi. - Foto Astro GEMPAK
PENYANYI popular, Elizabeth Tan atau mesra disapa Lizzy, berkongsi sebuah video menyanyikan lagu terbaru yang ditulisnya sendiri.

Video tersebut dimuat naik menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

Menurut Lizzy, lirik lagu tersebut ditulis secara mengejut dan mengambil masa yang singkat untuk disiapkan.
"Baru tulis lagu ni tadi, random inspiration today, hope you like it," tulisnya sebagai kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Lizzy memberikan reaksi positif mengatakan mereka menyukai lagu baru itu.

Ada juga netizen berpendapat cara nyanyian Lizzy dalam lagu itu mengingatkan mereka akan cara nyanyiannya ketika mula-mula bergelar seorang penyanyi.

"I missed this old Lizzy," tulis netizen.

Lebih menarik perhatian apabila Lizzy membalas komen terbabit.

"I miss her too sometimes," tulisnya berseloroh.
 

Lizzy mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2013 dan berjaya membina populariti menerusi bidang nyanyian dan lakonan dalam filem serta drama tempatan.