BINTANG pop Amerika Syarikat, Janet Jackson dilaporkan membuat laporan polis terhadap bekas suaminya, Wissam Al Manna berhubung keselamatan anak tunggal mereka, Eissa Al Mana.

Menurut laporan E! News, Janet mengakui terdapat perkara mencurigakan berlaku terhadap anaknya dan mungkin didera oleh bapanya.

"Polis telah menyerbu rumah Wissam setelah dia membuat laporan polis daripada Janet mengenai keselamatan anak mereka.

"Janet membuat laporan polis selepas menerima aduan daripada pengasuh anaknya yang curiga dengan sikap Wissam yang menakutkan ketika tiba gilirannya menjaga anak mereka.

"Selepas pemeriksaan dilakukan pihak polis mendapati tiada sebarang perkara mencurigakan berlaku terhadap anak mereka termasuk tanda-tanda kemungkinan didera oleh bapanya itu," kata sumber.

Janet dan Wissam berkahwin pada tahun 2012 dan berpisah pada April 2017.

Punca perpisahan mereka didakwa ekoran sikap acuh tak acuh Wissam terhadap ibu Janet, Trent Lamar Jackson.

Sumber: E! News

Susunan: Rozaimi Zubaidi