'Road to Shaheizy Sam': Penangan Polis Evo 2, lelaki ini nekad turunkan berat badan

'Road to Shaheizy Sam': Penangan Polis Evo 2, lelaki ini nekad turunkan berat badan
Tulis Azmi, dia mahu menurunkan berat badannya seperti teraju utama PE2, Shaheizy Sam yang memegang watak Inspektor Khai.
GARA-GARA penangan sekuel Polis Evo 2 (PE2) seorang lelaki memasang impian untuk memiliki tubuh badan sasa seperti Inspektor Khai.

Lelaki yang dikenali sebagai Irfan Azmi memberitahu perkara itu menerusi perkongsian di akaun Twitter miliknya.

Tulis Azmi, dia mahu menurunkan berat badannya seperti teraju utama PE2, Shaheizy Sam yang memegang watak Inspektor Khai.

“Road to shaheizy sam #PolisEvo2,” tulisnya ringkas.


Perkongsian itu juga turut disertakan dengan foto jumlah timbangan beratnya dan juga tiket wayang PE2.

Itulah merupakan antara kesan penangan yang diberikan oleh PE2.

Semoga Irfan berjaya mendapatkan bentuk badan yang diidamkan.

Selain Sam dan Zizan, filem arahan Joel Soh serta Andre Chiew ini menampilkan Raline Shah, Hasnul Rahmat, Erra Fazira, Soffi Jikan, Syafie Naswip dan Hairul Azreen.

Polis Evo 2 terbitan Astro Shaw, Surya Citra Media (SCM) dan produksi oleh BlackFlag ini boleh ditonton di 146 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.

Apa tunggu lagi, dapatkan tiket anda sekarang dan sama-sama saksikan pertempuran Polis Evo 2 di pawagam!

Jaga-jaga boh!

Tag: Astro, Polis Evo 2, Shaheizy Sam


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.