"AKU selalu tersenyum. Bayangkan kita hidup berdua. Berjalan berpegangan tangan. Takkan kau lepaskan."

Kisah Cinta Kita lagu terbaharu Hafiz Shuib ini cukup indah. Lirik dan melodinya mudah melekat di jiwa.

Selepas agak lama tenggelam dalam industri hiburan tanah air, lagu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Ayden Ali dan lirik oleh Datuk A. Aida ini mengembalikan semula nama Juara Akademi Fantasia 7 ini di persada hiburan tanah air.

Muzik videonya dilancarkan pada Jumaat. Apa yang menjadi perhatian adalah kemunculan dua insan istimewa dalam diri penyanyi bersuara lunak ini.

Insan yang dimaksudkan adalah isterinya Nureffy Jasreel dan anak comel pasangan ini, Muhammad Riyadh Zafri.

Cukup romantis, muzik video ini dirakam berlatarbelakangkan keindahan pasiran pantai dan kebiruan laut di Pulau Redang.

Ia hasil sentuhan kreatif Khairul Hazwan selaku pengarah sementara pengarah fotografinya Suhaimi Yayanto.

Kisah Cinta Kita dikatakan mampu menaikkan kembali nama Hafiz ,malah ada yang kata penyanyi kelahiran Kuching ini bakal kembali meraih anugerah vokal terbaik