Pelakon George Clooney dan isteri, Amal Alamuddin baru sahaja melangsungkan perkahwinan mereka pada 27 September tahun lalu di Venice, Italy.

Meskipun disebut sebagai pasangan yang cukup serasi, rupa-rupanya ia tidak mampu mengutuhkan rumah tangga yang baru dibina.

Tidak sampai beberapa bulan bergelar suami isteri, pasangan ini khabarnya mengalami masalah persefahaman dan sering bertengkar.

Bukan itu sahaja, penceraian pasangan ini khabarnya bakal menjadi masalah besar buat Clooney selepas mereka berdua tidak membuat perjanjian pra pernikahan sehingga menyebabkan harta kekayaan Clooney sebanyak RM725 juta bakal dibahagi sama rata jika kedua-duanya berpisah.

Punca utama Clooney dan isteri bertengkar kerana sikap Amal yang angkuh dan sering mengkritik sesuatu perkara tanpa usul periksa.

“Amal bersikap tidak sopan dan sering memandang rendah terhadap rakan-rakan Clooney. Bagi Amal, mereka ini sekumpulan lelaki yang mengarut dan menggelikan hati.

“Isterinya kecewa kerana perwatakan dan sikap Clooney sama seperti kebanyakan jejaka Amerika yang dikenalinya,” jelas sumber terdekat Clooney.