Kemunculan Putera William dan Kate Middleton di khalayak ramai menjadi perhatian pihak media dan umum kerana kemesraan yang sering dipamerkan oleh mereka berdua. Lebih-lebih lagi selepas kelahiran putera sulung mereka, George Alexander Loius yang lahir pada bulan Julai tahun lalu.
Namun baru-baru ini, berita kononnya rumah tangga mereka dilanda masalah semakin tersebar luas dan mungkin bakal berakhir tidak lama lagi.
Semuanya berpunca daripada masalah kesihatan yang dihadapi oleh Kate Middleton yang mengalami alahan teruk seperti muntah dan mual yang ekstrem iaitu sejenis alahan Hyperemesis Gravidarum.
Sumber terdekat di Istana Buckingham menjelaskan mereka berdua mempunyai pendapat yang berbeza dan sering berbalah lebih-lebih lagi apabila melibatkan soal rumah tangga.
Keadaan tidak menentu yang dialami oleh Kate Middleton bagaimana pun sudah beransur pulih, namun hubungan dengan Putera William dikatakan semakin renggang selepas mereka berbalah mengenai perkara-perkara yang remeh.
Terbaru, Kate mengambil keputusan untuk menyambut hari Natal di kampung halamannya, Buckleburry, namun mendapat tentangan dari William dan memaksa mereka menghabiskan waktu bersama keluarga di raja sahaja.
Perkara tersebut membuatkan hubungan mereka semakin tegang selepas kedua-dua mereka gagal untuk mencapai kata sepakat dan sehingga kini mereka dikatakan tidak gembira dengan situasi yang berlaku. Malah kemungkinan mereka berdua bakal mengakhiri perkahwinan mereka selepas kedua-duanya dilihat tidak mahu mengalah.
Sehingga kini, tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak istana mahupun daripada mereka berdua. Namun persoalannya adakah pasangan bahagia ini akan berpisah akibat perbalahan yang timbul? -- Astro Gempak
Gempak
Tue Nov 18 2014
Keretakan dikatakan berpunca daripada masalah kesihatan yang dihadapi oleh Kate Middleton yang mengalami alahan teruk. - Gambar Fail
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
Rumah tangga Kate Middleton dan Putera William dilanda masalah?
Berita kononnya rumah tangga mereka dilanda masalah semakin tersebar luas dan mungkin bakal berakhir tidak lama lagi.