PELAKON Saharul Ridzwan mengakui kini dia lebih memilih karakter sebelum menerima tawaran lakonan.

Menurut Saharul atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim, dia memilih watak kerana ingin memenuhi kepuasan diri untuk membawa karakter yang berbeza.

"Saya banyak mendapat tawaran, tetapi saya menolak sekiranya diberikan watak yang sama. Saya cuba elakkan diri daripada membawa watak yang klise.

"Saya cakap dengan penerbit, saya inginkan karakter yang berbeza dalam setiap lakonan dan saya dapat apa yang diinginkan.

Teraju utama Jangan Benci Cintaku ini berkata, rezeki untuk berlakon masih ada tetapi dia mahu memilih untuk profilnya sebagai pelakon.