Tutup

Sahut cabaran netizen, Kevin Zahri bawa program Jom Kurus ke sekolah

Sahut cabaran netizen, Kevin Zahri bawa program Jom Kurus ke sekolah
Kevin menyahut cabaran netizen untuk adakan program Jom Kurus di sekolah. - Foto Instagram/@kevinzahri
SELEBRITI kesihatan dan kecergasan Malaysia, Kevin Zahri menyahut cabaran seorang pengguna laman sosial yang mahukan dia melakukan program percuma Jom Kurus ke 5,000 buah sekolah di Malaysia.

Perkara itu dimaklumkan Kevin menerusi akaun media sosial Instagram dan Twitternya semalam.

"I accept your challenge! 5,000 schools," tulisnya bersama paparan skrin cabaran asal pengguna terbabit.

 

Cabaran Jom Kurus direka khas untuk mereka yang ingin mulakan langkah pertama dalam perjuangan untuk baiki kesihatan, tingkatkan kecergasan dan yang paling utama adalah untuk mengurangkan berat badan sambil bergembira.
Dilancarkan oleh Kevin pada 2014, lebih 40,000 peserta dari Malaysia, Singapura dan Brunei telah mengambil bahagian dalam program tersebut.

Bagi kanak-kanak di sekolah, program ini dapat membantu menerap pendidikan kesihatan melalui modul-modul pembelajaran yang kreatif.





Tag: Jom Kurus, Kevin Zahri, sekolah, program



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.