Sajat ugut nak potong guna pisau, PU Amin buat laporan polis?

Sajat ugut nak potong guna pisau, PU Amin buat laporan polis?
Jelas PU Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim, 29, laporan itu dibuat susulan perkataan 'potong' dan 'pisau' dalam rakaman video Nursajat.
PENDAKWAH dan peserta rancangan Pencetus Ummah (PU) Amin telah membuat laporan polis berhubung ancaman yang didakwa diterima daripada usahawan kosmetik Nursajat semalam.

Jelas PU Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim, 29, laporan itu dibuat susulan perkataan 'potong' dan 'pisau' dalam rakaman video Nursajat.
"Semalam Sajat kata nak potong PU Amin ke? Kebetulan hari ini PU Amin dijadualkan berceramah ‘Maal Hijrah’ dihadapan pegawai pegawai dan bos tertinggi di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM.

"Polis minta saya buat report sebab dia cakap ‘potong’ sambil pegang ‘pisau’. 

"Saya nak dia minta maaf dan tarik kenyataan dia dahulu. Saya tak suka report report polis ni, tapi Polis yang minta buat. 

"Tak apa saya tunggu dia minta maaf dan tarik balik kenyataan dia dahulu. Datuk kata apa-apa 'roger'. Datuk Roze DCP Polis, Datuk Rusli Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil," tulisnya menerusi entri terbaharu di Instagram.
 

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.