PENYAMPAI radio dan pelakon Issey Fazlisham mendedahkan salah faham yang terjadi antara dirinya dengan pelawak dan pelakon Sabri Yunus.

Issey menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya memuat naik satu 'screenshot' perbualannya dengan seorang netizen semalam.

Dalam entri tersebut, Issey menekankan kepada pengikutnya dia bukan anak kandung mahupun anak saudara kepada Sabri seperti yang dikatakan sebelum ini.

Haha. Hari ni nak clearkan. Ramai orang cakap saya anak @sabriyunus . Ada yang kata pakcik. Tak jugak. Dia sifu saya. Dan orang yang bawak sy masuk industri. Jom kita berkenalan dgn anak Sabri Yunus yang sebenar @muhammad_saidisabri . Haaa. #gengissey #pokyacongcodei

A post shared by issey (@isseyfazlisham) on


Issey memberitahu Sabri adalah seorang sifu serta yang bertanggungjawab membawa dirinya masuk ke dalam industri seni ini.

Issey turut berkongsi siapa anak Sabri sebenar, Muhammad Saidi yang juga merupakan seorang pelakon.

Issey mula aktif di industri hiburan pada tahun 2013 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.