PELAWAK dan pelakon Zizan Razak akui belum mempunyai perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat.

Menurut Zizan, 35, keinginan untuk berkahwin ada tetapi dia tidak mahu tergesa kerana mahu urusan tersebut berjalan dengan lancar tanpa halangan cabaran.

“Sebenarnya bila di usia begini, rasa untuk berkahwin tu tidak terlalu mendesak.

“Saya ingin berkahwin tapi biarlah ia ‘go with the flow’ dan urusan itu berjalan dengan tenang tanpa paksaan.

“Sekarang saya fokus pada kerjaya tapi jika jodoh itu datang saya tidak menolak.

“Lagipun saya tidak mahu terlalu ada banyak cabaran, jika ia jodoh saya pasti ia akan dipermudahkan,” katanya kepada Gempak.

Zizan ditemui selepas sidang media Bikers Kental 2 yang berlangsung di The Gasket Alley, pada Selasa.

Terdahulu Zizan sering dikaitkan menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Mira Filzah namun kedua-duanya menafikan menjalinkan hubungan istimewa.