BEKAS isteri penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, Bella Astillah telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta semalam.

Perkhabaran itu disampaikan Bella menerusi Instagram Stories miliknya.

"Kepada yang 'direct message' (dm), kawan-kawan yang mendoakan, saya ucapkan terima kasih kepada semua.

"Saya hargai dan terus mendoakan kesembuhan saya.

"Untuk 'review' pulak, saya minta maaf kerana tidak dapat melakukannya buat masa sekarang.

"Namun apabila sudah kembali sihat, saya akan terus melakukannya. Saya okey sahaja jangan risau," katanya dalam keadaan suara serak.

Walau bagaimanapun, Bella tidak mendedahkan punca sebenar dia dimasukkan ke hospital.

BACA: Cacah tatu di dada dengan nama Bella? Ini jawapan Aliff Aziz...

BACA: Aliff Aziz guna inai cacah tatu di badan - Bella Astillah

Kami di Gempak mendoakan agar Bella kembali sihat seperti biasa selepas menerima rawatan di hospital.

Sekadar info, Bella memfailkan permohonan cerai secara baik terhadap Alif pada 21 Mac lalu selepas beberapa kali tertangkap menjalin hubungan dengan wanita lain.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak, Ayden yang kini berusia dua tahun.