"Saya pilih Cassidy Anderson kerana ..." - Jamal Abdillah

"Saya pilih Cassidy Anderson kerana ..." - Jamal Abdillah
Jamal (kanan) tidak teragak-agak untuk memanggil Cassidy sebagai penyanyi undangan dalam Konsert Duo Lagenda yang menggabungkannya dengan sifu muzik, Datuk M.Nasir.
RAJA POP, Datuk Jamal Abdillah akui tertarik dengan bakat penyanyi berasal dari Australia, Cassidy Anderson selepas mendengarnya menyanyikan lagu-lagu Melayu.

Justeru, Jamal tidak teragak-agak untuk memanggil Cassidy sebagai penyanyi undangan dalam Konsert Duo Lagenda yang menggabungkannya dengan sifu muzik, Datuk M.Nasir.

“Pada mulanya, saya tertarik kepada penyanyi muda Wany Hasrita kerana dia juga banyak cover lagu-lagu saya dalam YouTube seperti seperti Rayuan Maut serta Kekasih Awal dan Akhir.
“Namun malangnya pengurusan Wany tidak lepaskannya, mungkin jadualnya penuh.

“Kemudian rakan-rakan mencadangkan nama Cassidy Anderson yang selalu menyanyikan lagu-lagu Melayu. Saya terus bersetuju kerana dia juga agak petah berbahasa Melayu.

“Saya juga pernah mendengar dia cover lagu saya di YouTube seperti Aku Penghibur dan Sandarkan Pada Kenangan,” katanya kepada Gempak.

Budaya selama empat malam berturut-turut bermula 20 hingga 23 Disember depan.

Bagi maklumat lanjut dan tempahan tiket, boleh layari www.ilassotickets.com atau menghubungi talian 03-21706333.