Tutup

"Saya sayang awak walau gemuk atau sudah tua" - Aliff Syukri hadiahkan Porsche buat isteri di ulang tahun perkahwinan

"Saya sayang awak walau gemuk atau sudah tua" -  Aliff Syukri hadiahkan Porsche buat isteri di ulang tahun perkahwinan
Aliff Syukri berjanji akan terus mencintai dan mengasihi isterinya yang setia mendampinginya dalam apa keadaan sekalipun.
BIAR apa sekalipun, kecaman atau kritikan dilemparkan kepada Datuk Seri Aliff Syukri, realitinya, jutawan kosmetik tanah air itu akan terus berkongsi kebahagiaannya dengan masyarakat di laman media sosial.

Kegemarannya berkongsi setiap pencapaian dalam hidup adalah untuk memberi motivasi pada masyarakat untuk berjaya dalam perniagaan sepertinya.
Demikian juga dengan kebahagiaan rumah tangganya dengan Datin Seri Shahida yang sering dipaparkan menterjemahkan kecintaan tidak berbelah bahagi pada wanita yang juga ibu kepada anak-anaknya.

Dalam apa situasi sekalipun, Aliff berjanji akan tetap menyayangi wanita tersebut seadanya.
Menurut Aliff, dia akan terus mencurahkan kasih sayang kepada Shahida walaupun isterinya itu menjadi gemuk atau apabila mereka sudah dimamah usia.

Selain itu, Aliff turut memberitahu, kasih dan sayang pada Shahida adalah kerana keluhuran peribadi dan kesetiaan dimiliki wanita tersebut.

"Saya sayang awak seadanya… walaupun awak gemuk atau dah tua, Shahida. Saya sayang awak bukan sebab ‘awak’ tetapi sebab hati awak.

“Walaupun kadang-kadang awak tak faham saya, tetapi awak dah banyak berubah sekarang. Untuk isteriku yang tersayang terima kasih atas segala-galanya.

“Ketika saya susah awak berada di sisi saya, ketika saya tengah gila stress dengan bisnes pun awak masih berada di sisi.

“Ketika saya tengah ada masalah keluarga awak masih setia menanti saya,” tulisnya sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

Aliff memuat naik luahan hatinya itu di laman sosial Instagram (IG), menerusi IGTV dan telah ditonton sebanyak 466,000 kali.

Menerusi video tersebut, Aliff membuat kejutan kepada isteri dengan menghadiahkan sebuah kereta Porche sempena hari ulang tahun perkahwinan mereka.

Aliff dan Shahida kemuadiannya sama-sama memandu kereta berwarna merah itu dan mengimbas kembali perjalanan hidup mereka suatu ketika dahulu.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan Alif dan Shahida terus bahagia dan berjaya dalam rumah tangga serta perniagaan mereka.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

. . sy syg awak bukan sbb awak tpi sebb hati awak.. walapun kekdang awak x faham sy tpi skrg awak dah byk berubah❤️Untuk isteriku yang tersayang terima kasih atas segala galanya2..ketika saya susah awak berada disisi saya.. ketika saya tengah gila stress bisnes.. awak berada di siai saya .. ketika sy tengah stress dgn masalah family awak masih setia menanti sy.. di saat anak-anak menangis malam awak yang sibuk tidur..awak tahu sy penat jaga smu bisnes.. di saat saya dikecam hebat okeh rakyat malaysia..awaklah super hero saya..menajaga saya.. di saat saya bergaduh dgn kawan saya .. awaklah peneman saya.. doa saya sempena anniversary perkahwinan kita ke 12 tahun ini...semoga kita bertahan dan memahami ada satu sama lain hadiah kereta ini sebenarnya iklas daripada sy.. tanda kasih syg sy kpd awak.. Kalau saya mati dulu dari awak apa yang saya ada hanyalah harta yang saya cari demi anak-anak dan family sy.. ill missing smua ini




Tag: Aliff Syukri, Shahida, kereta Porsche, ulang tahun perkahwinan



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.