PELAKON, Fathia Latiff memberitahu kesan lebam di kawasan matanya bukan kerana kesan pengambilan dadah.

Namun aktres yang terkenal dengan pelbagai kontroversi itu menyifatkan ia merupakan genetik.

"Saya ni ada campuran Arab, jadi memang akan ada kesan lebam bawah mata macam ni.

"Saya boleh saja buat sesuatu dengan eye bag ni, buat pembedahan atau cucuk sana-sini, tapi saya tak mahu.

"Ini memang semula jadi, tuhan cipta saya begini. I don't do drug, man!" luahnya.

Fathia mengulas dakwaan salah seorang pengikutnya ketika sedang bersiaran menerusi Instagram Live.

Aktres popular menerusi drama hit Ariana Rose itu turut meluahkan dia lebih selesa tidak mengenakan solekan jika tidak ke majlis tertentu mahupun berlakon.