PELAKON Dottie menjawab beberapa soalan peminat yang diajukan kepadanya menerusi Instastory Ask Me A Question, baru-baru ini.

Antara soalan yang diterimanya seperti, bagaimanakah untuk membina keyakinan diri dan berani tampil dengan imej cantik?

"Belajar untuk terima dan sayang diri sendiri dulu, dari benda atau manusia lain. Klise bukan jawapan itu? Tapi itulah pendapat saya.

"Pakai je apa nak pakai. Apa yang kita rasa cantik. Tapi lebih sesuai kalau kita pakai yang selesa.

"Keyakinan diri tu kita sendiri harus rasa. Terima diri sendiri. Sayang diri sendiri. Fikir positif," jawab Dottie.

Dottie menerima respon peminat di Instagram Story Ask Me A Question.

Dottie atau Nor Syuhaida Abd Razak, 30, menjadi sebutan khalayak ramai semenjak muncul dalam muzik video penyanyi Hael Husaini bertajuk Hajat.

Biarpun berbadan plus size, namun aktres ini tetap berani dan yakin dengan diri sendiri serta mendapat pujian umum.