Filem Sebelum Iblis Menjemput diinspirasikan dari filem serama lama Indonesia.

Pengarah filem itu, Timo Tjahjanto berkata elemen iblis dilihat mempunyai mitologi menggoda untuk diketengahkan.

"Tidak dinafikan filem ini ada sikit suntikan inspirasi dari filem seram lama Indonesia.

"Tapi sejujurnya saya tidak begitu handal dengan cerita seram tradisional.

"Bagaimanapun saya lebih tertarik dengan perkataan iblis syaitan, di mana pada pandangan saya ia mempunyai mitologi yang menggoda.

"Ini kerana kalau kita lihat, ramai yang mahu kita menjauhi iblis, syaitan, tetapi masih ramai yang mahu mendekati.

"Jadi dari situ saya bina sebuah cerita yang ada isi dan supernaturalnya," katanya.

Sebelum Iblis Menjemput sudah menemui penonton di Indonesia pada awal Ogos lalu dan bakal ditayangkan di Malaysia pada 20 September ini.

Ia dibintangi oleh bintang popular Indonesia Chelsea Islan, Pevita Pearce, Samo Rafael, Karina Suwandi, Ruth Marini dan Ray Sahetapy.