PELAKON Didie Alias mengakui masih menerima tawaran berlakon namun memilih untuk kurangkan aktiviti seninya.

Menurut Didie, dia tidak hilang daripada dunia seni sebaliknya kini sedang sibuk menguruskan festival.

"Ramai yang bertanya mana saya menghilang tetapi sebenarnya saya ada sahaja cuma sibuk dengan perkara lain.

"Saya masih menerima tawaran lakonan tapi memilih untuk menghadkan aktiviti lakonan kerana ingin memberi fokus untuk menguruskan festival.

"Saya harus memberi perhatian penuh kepada festival tersebut memandangkan program itu diadakan di seluruh Malaysia.

"Alhamdulillah, saya seronok dengan apa saya buat sekarang kerana ia memberi pengalaman baru kepada saya.," katanya kepada Astro Gempak.

Didie berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Grand Finale Lefestour 10.0 Melaka 2017 yang diadakan di Flora Terrace, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Grand Finale Lefestour 10.0 itu akan diadakan selama tiga hari pada 8 hingga 10 Disember depan bertempat di Melaka International Trade Centre (MTIC) Melaka.

Festival itu merupakan acara penutup bagi 2017 selepas menjelajah ke 10 buah negeri di seluruh Malaysia sepanjang tahun ini.

Antara selebriti yang dijangka terlibat dalam Grand Finale Lefestour 10.0 Melaka 2017 adalah Jue Aziz, Amyza Aznan, Zul Huzaimy, Mawi, Rashid Sibir, Angah Raja Lawak dan ramai lagi. - Teks: Rozaimi Zubaidi