SELAIN bijak merencana kerjaya seninya sehingga memungkinkannya berada di kedudukan hari ini, antara kejayaan lain Shah Rukh Khan yang dikagumi ramai ialah keseimbangan waktu yang diperuntukkan bersama keluarganya.

Aktor ternama Bollywood itu tidak mungkin akan menafikan bagaimana besarnya peranan isteri dan tiga cahaya matanya sebagai tulang belakang kejayaannya dalam gelanggang lakonan.

Keharmonian rumah tangga pelakon utama filem Kuch Kuch Hota Hai dan Kabhie Kushi Kabhi Gham itu dapat dilihat setiap kali Shah Rukh bercerita atau memuat naik kisah keluarganya di laman sosial.

Berkahwin dengan Gauri Khan pada 1991, pasangan romantik India itu dikurniakan tiga cahaya mata yang semakin dewasa.

Seperti mana besarnya pengaruh ayah mereka, Aryan Khan, Suhana Khan dan Abram Khan juga kini sedang menempa kemasyhuran sebagai anak selebriti tersohor dunia.

Tidak hanya dikenali sebagai anak Shah Rukh, sebaliknya Aryan, Suhana dan Abram juga menjadi perhatian orang ramai kerana ketampanan dan kecantikan mereka.

Gauri juga pada Khamis turut memuat naik entri foto dia bersama tiga permata hatinya ketika menjayakan sesi fotografi.

Berikut kami tampilkan latar belakang ketiga-tiga pewaris Shah Rukh beserta wajah mereka yang kami ambil daripada laman sosial:

1. Aryan Khan

Seperti kata pepatah Inggeris 'like father, like son', Aryan saling tidak ubah mewarisi personaliti ayahnya.

Ketampanan Shah Rukh nampaknya diwarisi oleh Aryan, remaja yang lahir pada 13 November 1997.

Tidak hanya mewarisi ketampanan ayahnya, Shah Rukh juga meminati bidang lakonan dan pernah muncul dalam beberapa filem seperti Kabhie Kushi Kabhi Gham dan The Incredibles.

Aryan dilaporkan sedang mengikuti kuliah di sebuah universiti di California, Amerika Syarikat.

ARYAN KHAN mewarisi ketampanan dan bakat lakonan ayahnya.

2. Suhana Khan

Satu-satunya puteri Shah Rukh, Suhana Khan pula menjadi dambaan dan igauan kaum lelaki kerana kejelitaannya.

Suhana kini aktif dalam bidang peragaan dan sering menjadi penghias muka depan majalah-majalah popular

Ketika wajahnya menjadi penghias muka depan majalah Vogue edisi Ogos lalu, Shah Rukh turut menurunkan komen mengenai kebanggaannya terhadap pencapaian Suhana.


GAURI KHAN (kiri) bersama tiga permata hatinya.


3. Abram Khan

Sekalipun Abram Khan dilahirkan melalui ibu tumpangan, namun si cilik ini juga mewarisi ketampanan Shah Rukh selain mempunyai karakter yang menyampai abang dan kakaknya.

Abram kini berusia lima tahun dan dia juga sering mendapat sorotan daripada media.

Sebagai anak kepada bintang ternama dunia, ketiga-tiga beradik ini harus bijak menyesuaikan diri dengan persekitaran yang sering menjadi tumpuan papparazi dan orang ramai.





ABRAM KHAN bersama ayahnya, Shah Rukh Khan.