PELAKON popular, Fasha Sandha mendedahkan selebriti Nur Fazura tidak pernah terlepas daripada menghadiahkan baru raya setiap kali tibanya Syawal.

Berkongsi perbualan menerusi aplikasi WhatsApp di Instagramnya, Fasha turut memuji kemuliaan hati Fazura.

"Inilah di antara sebab-sebab sahabatku, seorang ni sentiasa dimurahkan rezeki dan bahagia selalu.

"Beliau yang ku kenali sejak zaman modelling masa umur 18 tahun, seorang yang pemurah hati. Dulu sampai sekarang sama je.

"Sejak I jadi ibu tunggal ni, Faz tak pernah lupa nak hantar baju raya setiap tahun.

"Syukur Alhamdulillah, ramai insan yang berhati mulia seperti beliau. Thank You Faz. Thank you juga to Fattah.

"Semoga dimurahkan rezeki selalu dan cepat dapat baby. Amin," tulis Fasha.

Inilah diantara sebab2 sahabatku sorang ni sentiasa dimurahkan rezeki dan bahagia selalu. Beliau yang kukenali sejak zaman modelling masa umur 18 tahun , seorang yang pemurah hati. Dulu sampai sekarang sama je.. . Sejak i jadi ibu tunggal ni, Faz tak pernah lupa nak hantar baju raya setiap tahun.